melawat ke tapak-tapak projek pembinaan Jalan Pesisir Pantai dan Jalan Utama Kedua Bahagian Samarahan dan Betong.

Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak telah melawat ke tapak-tapak projek pembinaan Jalan Pesisir Pantai dan Jalan Utama Kedua Bahagian Samarahan dan Betong. Lawatan termasuk tapak projek pembinaan Pakej D2B: Pembinaan Jambatan Batang Lupar 1, Bahagian Samarahan/Betong; Pakej A4: Pembinaan Jambatan Batang Saribas 1 Kuala Saribas Bahagian Betong; dan Pakej 02: Pembinaan Jambatan Batang Saribas Bahagian Betong.