Brooke Dockyard & Engineering Works Corporation
ANNOUNCEMENT:
With Client Recognition for Achieving 100 % onshore completion without punch list 579,061 manhours without Lost Time Incident                  The successful of SASA Topside Project Completion, Loadout and Sail Away with Client's Recognition for Achieving 100 % onshore completion wi                  
 

CORPORATE
SONG


4.6MB MP3 audio
"Limbungan Brooke
Menuju Kejayaan"

Click icon to listen

OUR
LOCATION


LATEST UPDATES
29 April 2014, MOU signing with Giat Mara and Gigih Avenue

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara
Perbadanan Urusan Kejuruteraan Dan Limbungan Brooke,
Giatmara Malaysia dan Gigih Avenue Sdn Bhd

Satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke (Brooke Dockyard), GIATMARA Malaysia (GIATMARA) dan Gigih Avenue Sdn Bhd (GASB) pada 29hb Mei bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Majlis ini telah disaksikan oleh YB Dr. Hazlan Abang Hipni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak. Isi kandungan MOU ini antara lain memberi peluang kepada pelatih bidang kimpalan yang terpilih dari 8 pusat latihan kimpalan GIATMARA seluruh Sarawak untuk mengikuti latihan lanjutan selama 4 bulan di Pusat Latihan Lanjutan Kimpalan GIATMARA - GIGIH AVENUE di Kawasan Industri Mara (KIM) Demak Laut dan seterusnya selama dua bulan di Brooke Dockyard Sejingkat untuk latihan industri bagi menyediakan mereka untuk ujian kelayakan kimpalan sebelum diterima bekerja. MOU yang pertama seumpamanya di Malaysia ini telah mengikat kerjasama berimpak tinggi dan bakal memberikan " situasi menang menang " kepada Pusat Latihan Teknikal, agensi pemasaran dan pihak industri serta menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di dalam sektor Minyak dan Gas dan perkapalan, serta dapat memperbaiki taraf sosio ekonomi khasnya di kawasan Parlimen Santubong ini.

Brooke Dockyard adalah salah satu kontraktor EPCIC (Engineering, Procurement, Construction, Installation and Commissioning) di Malaysia dalam bidang pembinaan keluli dan kejuruteraan berat minyak dan gas yang tidak asing lagi di pasaran tempatan terutama di rantau ini . Berdaftar dengan Petronas dalam kategori "Major Fabricator" dan "Hook Up and Commissioning " , Brooke Dockyard telah diberikan kepercayaan oleh Petronas dan PSC yang lain seperti Shell, Murphy dan Talisman untuk menyiapkan struktur keluli dan kemudahan luar pantai untuk industri minyak dan gas huluan selama lebih 17 tahun .Untuk menghadapi pasaran yang lebih kompetitif dan mencabar pada masa akan datang , Brooke Dockyard seperti kontraktor lain sentiasa memerlukan modal insan yang cukup dan berkualiti untuk memastikan kejayaan sesuatu projek dan memastikan rekod HSE dan Kualiti sentiasa di tahap terbaik . " Menyedari permintaan semakin tinggi dari tahun ke setahun, tanpa berkompromi terhadap kepatuhan piawaian antarabangsa seperti AWS D1.1 dan ASME B31.3 , Brooke Dockyard menyedari keperluan bekerjasama secara langsung dengan Pusat Latihan dan agen pemasaran tenaga mahir untuk memenuhi keperluan modal insan yang kian meningkat ini" , ujar Pengerusi Brooke Dockyard, Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Haji Openg.

Kerjasama ini bukan sahaja kerjasama dari segi menyediakan kemudahan dan peluang untuk latihan industri, Brooke Dockyard malah melangkah setapak lagi dengan memberikan input berharga dan nilai tambah kepada kurikulum latihan ini seperti HSE, QA/QC dan piawaian dan keperluan klien antarabangsa untuk memastikan kebolehpasaran setiap pelatih terjamin. Tambahan pula, sebagai sebuah Badan Berkanun , Brooke Dockyard mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan keutamaan diberikan kepada orang tempatan untuk memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran dalam sektor ini dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir asing terutamanya dalam bidang kimpalan yang membanjiri negara mutakhir ini.

Bidang kimpalan memang sudah ditawarkan di 38 pusat GIATMARA semenjak permulaan operasi iaitu pada tahun 1986 lagi kerana menyedari potensi pulangan lumayan kepada tenaga mahir bidang ini. Dengan 69 tenaga pengajar yang bertauliah, latihan kemahiran ini berhasil mengeluarkan 1200 pengimpal setahun. Pelatih akan dinilai menerusi ujian kelayakan kimpalan (Welder's Qualification Test atau WQT) mengikut kod dan piawaian antarabangsa, Semua pelatih wajib lulus visual dan X-ray untuk mendapat sijil kelayakan yang disaksikan oleh penilai daripada Agensi pihak ketiga (3rd party Agency) yang diiktiraf.

Penubuhan pusat latihan lanjutan iaitu Gigih Avenue Advanced Welding Training Centre (GAAWTC) oleh Gigih Avenue Sendirian Berhad (GASB) di kawasan perindustrian Sg. Manggis, Banting pada Disember 2012 adalah bertujuan untuk memberi latihan khusus yang selaras dengan keperluan industri dalam bidang kimpalan kepada para-para belia. Sehubungan itu GASB dan GIATMARA Malaysia telah menandatangani memorandum Persefahaman (MOU) pada 27hb Februari 2013 untuk membangunkan Pusat Latihan Lanjutan Kimpalan di Cawangan GIATMARA seluruh Malaysia di dalam bidang kimpalan. Pusat latihan yang pertama hasil usahasama ini telah berjaya dikendalikan di Pusat Latihan GIATMARA Kuala Langat, Selangor di mana seramai 30 pelatih lepasan GIATMARA terpilih setiap ambilan telah mengikuti latihan lanjutan selama 3 bulan. Setakat ini, seramai 60 para pelatih telah ditempatkan ke syarikat-syarikat di dalam sektor minyak & gas di seluruh Malaysia. Selain bertindak sebagai pengendali latihan, GASB juga bertindak sebagai rakan pemasaran program ini akan memastikan strategi pasaran modal insan sentiasa dinamik , mantap dan kompetitif untuk menjaminkan keberterusan pekerjaan untuk pelatih yang lulus dan menjaga kebajikan para pelatih sehingga mereka boleh berdikari.

Kerjasama ini memberi makna tersendiri terhadap industri perkapalan dan minyak dan gas kerana ada kesinambungan latihan setelah tamat di 38 Pusat Latihan Kimpalan GIATMARA di seluruh Malaysia, dengan mendapat latihan lanjutan dalam menyediakan mereka dengan alam pekerjaan yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Secara langsung , ini akan meningkatkan daya saing di kalangan pelatih-pelatih ini yang rata-rata daripada kaum bumiputera. Para pelatih terpilih akan disaring daripada sejumlah 350 pelajar kimpalan seluruh Sarawak setiap tahun dan disasarkan seramai 60 pengimpal lulus posisi kimpalan 6G/6GR untuk proses GTAW/SMAW setiap tahun akan dikeluarkan dan layak bekerja melalui program kerjasama dengan Brooke Dockyard ini.

 

Page 1
 

Administration Office      

Sublot 47, 48 & 49, Block A, 1st-3rd Flr,Demak Laut  Commercial Centre Phase 3,Jalan Bako, Petra Jaya,   Kuching, Sarawak. Malaysia   TEL :6082-439732  Fax :608243976                                          

Kuala Lumpur Office

Suite 8-8,8th Floor, Wisma UOA II, No 21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia   Tel :6082-21811999/603-21610178 Fax:603-21660637     

Sejingkat Fab. Yard  

Lot 343, Block 8, Muara Tebas Land District, Sejingkat, Off Jalan Bako, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia  Tel:6082-432640 Fax:6082433146                  

Demak Fab. Yard 

Lot 1010, Block 8, Muara Tebas Land District, Demak Laut Industrial Estate Phase III, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia   

 

Copyright © Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation. Designed by Web And You.